Monday, October 20, 2008

*tolong ingatkan aku*

TOLONG INGATKAN AKU
Tolong ingatkan aku,
Andai aku terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.
Tolong ingatkan aku,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.
Tolong ingatkan aku,
Supaya ingat pesan guru,
Bukan sekadar peringatan,
Tapi tarbiyah berpanjangan.
Tolong ingatkan aku,
Dengarlah dan bacalah al-Quran,
Tika radio penuh nyanyian,
Tika televisyen penuh hiburan.
Tolong ingatkan aku
dimana Islamnya zahirku,
jika aurat didedahkan,
disingkat diketat dan dijarangkan.
Tolong ingatkan aku,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.
Tolong ingatkan aku,
Kalau bercinta biarlah kerana-Nya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.
Tolong ingatkan aku,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga disana menjadi bekalan.
Tolong ingatkan aku,
Diri ini milik Yang Kuasa,
Kepada-Nya jiwa diserahkan,
Segalanya Dia-lah tumpuan..

Tuesday, October 14, 2008

sujud menyegarkan otak

Sujud bukan sahaja mendekatkan kita kepada Allah, tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:

Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

Melegakan sakit hernia.

Mengurangkan senggugut ketika haid

Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan

Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa

Meringankan bahagian pelvis

Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud

Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran perjalanan darah yg baik.

Bagi wanita, gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi serta terhindar dari sakit buah dada.

Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit perut bergelombang.

Mengurangkan kegemukan.

Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

Memberi dorongan untuk mudah tidur, Selain itu, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti kita.